Kerajaan Sarawak utamakan kebajikan semua rakyat



MIRI: Cadangan menurunkan kadar cukai taksiran hartanah oleh kerajaan negeri menunjukkan kerajaan negeri mengutamakan kebajikan rakyat.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai berharap lebih banyak berita baik akan diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam meringankan beban rakyat.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri sememangnya mendahulukan rakyat.

“Ini bukan sahaja berita baik untuk penduduk Miri tetapi semua rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Menteri berkata perkara itu masih dalam kajian di mana pelaksanaannya adalah bergantung kepada peruntukan diperolehi kerajaan negeri daripada kerajaan pusat.

Untuk itu, kerajaan negeri akan berunding dengan kerajaan pusat untuk menambah peruntukan negeri bagi menurunkan cukai taksiran hartanah.

“Sekiranya kerajaan negeri berjaya mendapat peruntukan tambahan, ia akan membantu melaksanakan penurunan cukai ini,” jelas Lawrence.

MBM menyasarkan pertambahan pungutan cukai pintu sebanyak RM3.8 juta daripada RM44,094,397 pada 2015 kepada RM47,961,665 pada 2016.

Lawrence memberitahu, sepanjang tahun lalu 98 peratus pemilik hartanah terma-suk kediaman, komersil dan industri di sini menjelaskan cukai pintu berjumlah RM43, 270, 080.64 kepada MBM.

Cukai dikutip daripada 60,745 pemilik hartanah terdiri daripada 52,455 kediaman, 5,880 komersil dan 2,410 industri.

Beliau menambah, langkah kerajaan negeri menyerap bayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk perkhidmatan kerajaan juga membantu meringankan beban rakyat.

MBM telah melaksana-kan arahan kerajaan negeri menyerap GST terhadap perkhidmatan dan bekalan bermula 1 Julai 2015.

Untuk Miri, kerajaan ne-geri menanggung sejumlah RM500,000 bayaran GST setahun untuk perkhidmatan MBM.-Borneo Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget