Pemuda UMNO berhasrat bantu PRN, bukan buka cawangan


BINTULU: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menjelaskan bahawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hanya menyebut membantu sahaja memandangkan Ketua Pemuda PBB pula adalah Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Jadi mereka datang hanya untuk membantu jentera pilihan raya PBB dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang,” ujarnya semasa diminta mengulas mengenai tajuk berita dalam siaran berita TV yang viral dalam laman sosial yang menyebut UMNO bakal membuka pusat gerakan di negeri ini.

Mengenai calon dalam PBB katanya, Presiden PBB merangkap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ada membayangkan PBB akan mengisi calonnya terdiri daripada kalangan pemuda dan wanita.

“Jumlahnya saya tidak tahu dan perlu tanya presiden sendiri. Tetapi beliau ada memberi bayangan untuk Pilihan Naya Negeri akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kebiasaannya setiap kali ada pilihan raya, BN dan parti komponen lainnya akan membantu sesama sendiri sama ada di peringkat bapa, pemuda atau wanita.

“Tiada masalah untuk Pemuda UMNO datang membantu negeri Sarawak kerana sama-sama dalam BN. Kalau hendak diungkitkan UMNO datang ke sini untuk bertapak atau mengambil alih itu adalah tidak betul,” jelasnya.

Ujarnya Sarawak mengalu-alukan mereka datang untuk membantu semasa pilihan raya memandangkan PBB pun ada membantu apabila adanya pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia malah turut membuka bilik gerakan operasi sementara di sana.

“Bilik operasi PBB pernah dibuka di Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur semasa berlangsungnya Pilihan Raya Umum sebelum ini. Jadi isu itu adalah salah faham,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget