Malaysia kekal pemilik utama Bandar Malaysia dengan pemilikan 76 peratus


KUALA LUMPUR: Malaysia kekal sebagai pemilik utama projek Bandar Malaysia, dengan 76 peratus kepentingan manakala entiti China hanya memiliki 24 peratus ekuiti, demikian menurut 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata, ini berdasarkan 40 peratus ekuiti yang dimiliki oleh 1MDB atau Kementerian Kewangan Diperbadankan, 36 peratus oleh firma Malaysia, Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan 24 peratus oleh China Railway Engineering Corporation Sdn Bhd (CREC).

1MDB berkata kerajaan memiliki 54 peratus ekuiti dalam projek itu manakala sektor swasta menguasai selebihnya.

Menurut syarikat itu, ini berikutan 40 peratus pegangan kepentingan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, cabang pelaburan kerajaan Johor dalam IWH, yang turut bermakna 14 peratus pegangan kepentingan dalam Bandar Malaysia.

Baki pegangan dalam IWH dimiliki oleh entiti swasta Credence Resources Sdn Bhd. 

Minggu lepas, 1MDB menandatangani perjanjian jual beli saham dengan konsortium IWH-CREC untuk menjual ekuiti 60 peratus dalam projek Bandar Malaysia pada RM7.41 bilion.

- Awani

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget