KM gesa SKMM serius tangani jurang komunikasi

Kawasan luar bandar Sarawak amat luas dengan populasi tinggi perlu perkhidmatan komunikasi baik

KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memberi perhatian serius mengenai jaringan teknologi komunikasi terutama luar bandar negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, terdapat kes luar bandar Sarawak hanya mempunyai infrastruktur seperti menara telekomunikasi namun capaian perkhidmatan tidak ada.

“Terdapat beberapa situasi di Sarawak, ada tiang (menara) namun tidak ada apa-apa perkhidmatan maka tiada gunanya ia terpacak sahaja.

“Kita tidak tahu sama ada ia disebab masalah kontraktor atau apa sahaja, namun apa penting SKMM perlu meneliti perkara ini kerana apabila mereka membuatnya maka perlu menyelesainya,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis sambutan meraikan Sedekat Inisiatif Outreach Kemasyarakatan SAINS (Sarawak Information Systems) yang dihadiri Pengerusi SAINS Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Datuk Teo Tien Hiong di sini, malam kelmarin.

Menurut Adenan, komunikasi merupakan alat penting merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar, yang kini dilihat masih ada di Sarawak.

Jelasnya, perkhidmatan komunikasi oleh SKMM amat diperlukan memandangkan Sarawak negeri mempunyai kawasan luar bandar besar, populasi yang banyak.

“Kita memerlukan komunikasi sebagai alat untuk memperjuangkan kemiskinan, penyakit dan sebagainya.

“Sebab itu, kita memerlukan SKMM memberi perhatian dalam perkara ini,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau menggesa rakyat di negeri ini terus mengikuti perubahan dunia iaitu memperlengkap diri dengan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) .

Beliau berkata zaman kini semua sudah berubah berkehendakan pengetahuan dalam bidang jika tidak masyarakat negeri ini akan ketinggalan dalam arus sains dan teknologi.

Berhubung SAINS, Adenan mengalu-alukan dengan langkah yang diambil SAINS dalam bidang teknologi selain insiatif mereka membantu masyarakat melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada masyarakat luar bandar.

Antara yang teknologi oleh SAINS yang menarik perhatiannya adalah dron (drone) yang mana diyakini boleh menjadi alat untuk membanteras kegiatan pembalakan haram di negeri ini.

“Kepada Jabatan Hutan Sarawak saya berharap anda menggunakan sepenuhnya teknologi dron ini untuk memantau atau membanteras pembalakan haram.

“Kita boleh menggunakan pesawat kawalan jauh ini untuk melawan pembalakan haram,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget