Jangan marah saya harga barang tak turun – Ahmad Maslan


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata orang ramai tidak sepatutnya marah kepadanya apabila harga barang tidak turun selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, ini kerana peniaga yang tidak beretika yang tidak menurunkan harga.

“Selepas GST, barang seperti buah-buahan yang dahulunya dikenakan cukai 5 peratus tidak lagi dicukai. Barang seperti perabot dan barangan eletrik yang dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus turun kepada 6 peratus.

“Inilah contohnya apabila saya kata GST boleh turunkan harga barang,” katanya menjawab soalan hadirin ketika sesi taklimat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), di sini, petang tadi.

Seorang hadirin membangkitkan kebimbangan tentang soal penguatkuasaan selepas TPPA dilaksanakan dan memberikan contoh kegagalan penguatkuasaan yang menyebabkan harga barang kekal tinggi selepas GST.

Justeru, beliau berkata lagi, orang ramai sepatutnya menghalakan kemarahan mereka kepada peniaga yang tidak beretika yang menyebabkan harga barang kekal tinggi.

“Saya kata GST boleh turunkan harga barang. Saya tidak kata harga barang mesti turun.

“Jadi jangan marah Ahmad Maslan tapi peniaga yang tak turunkan harga barang. ahmad Maslan yang kena ‘bantai’ walau cakap benda betul,” katanya lagi

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget