BN ada pendirian, parti lain macam lalang


KUALA LUMPUR : Sikap berdiam diri dan berdolak dalik Pakatan Harapan berhubung pelaksanaan hudud di negara ini bukan perkara baharu dan mengejutkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia adalah bukti pakatan pembangkang itu tidak mempunyai pendirian tetap.

“Pembangkang ini seperti biasalah swing (tidak tetap pendirian)… kejap begini, kejap begitu.

“Kita satu-satunya parti yang berpegang kepada teras perjuangan dan ada cara sentiasa,” katanya selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat KIMMA dan YAKIN di sini, hari ini.

Tengku Adnan atau Ku Nan berkata, pembangkang hanya akan menyokong sesuatu perkara atau pihak sekiranya mempunyai kepentingan.

“Bila ada kepentingan mereka akan sokong kalau tidak kepentingan mereka akan tak sokong dan mereka akan lakukan macam-macam,” katanya.

Semalam, pada sidang media memeterai perjanjian Pakatan Harapan, pemimpin utama gabungan pembangkang itu gagal menjawab soal hudud dan kerjasama dengan PAS.

Ketika ditanya dasar bersama Pakatan Harapan berkenaan undang-undang syariah, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipetik berkata, isu itu masih perlu dibincangkan, namun menegaskan sebarang keputusan yang bakal dibuat adalah melalui kesepakatan.

Ku Nan juga diminta mengulas kenyataan PAS yang mengisytiharkan perang habis-habisan di Selangor untuk bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14)

“Serah kepada PAS. Kita tak nak komen tentang parti lain tapi bila saya sebut macam lalang lah tidak ada pendirian… yang hanya ada pendirian hanya BN,” katanya.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget