4 sekolah Cina dapat pengecualian GST RM1.4 juta


Empat sekolah Cina yang sedang dalam pembinaan bangunannya dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) melibatkan jumlah sebanyak RM1.4 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Persendirian San Min di Teluk Intan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina Sacred Heart (Pulau Pinang), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Yang Cheng (Pulau Pinang) dan SRJK Cina Kuen Cheng (Kuala Lumpur).

"Pengecualian itu diluluskan di bawah seksyen 56(3)(a) Akta GST 2014," katanya kepada pemberita selepas meninjau bangunan baharu Sekolah Menengah Persendirian San Min, hari ini.

Chua berkata mana-mana sekolah termasuk sekolah persendirian swasta, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah agama yang ingin mendapatkan pengecualian GST boleh berbuat demikian dengan mengemukakan permohonan secara rasmi. – Bernama, 12 Januari, 2016.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget