Malaysia bukan komunis, tak boleh paksa bina rumah murah, kata menteri


Putrajaya tiada kuasa menghalang pemaju daripada membina perumahan mahal berbanding mampu milik kerana Malaysia bukanlah sebuah negara komunis, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata, apa yang kerajaan boleh lakukan ialah merayu kepada pemaju disamping membina perumahan mewah tetapi tidak meminggirkan tanggungjawab sosial mereka membina rumah mampu milik.

"Kita tidak boleh kata jangan bina rumah mahal kerana ini bukan negara komunis. Ini negara demokrasi, setiap ahli perniagaan berhak untuk membina rumah apa yang mereka nak.

"Tetapi kita boleh merayu kerana ini adalah agenda nasional. Ada permintaan untuk itu," katanya pada sidang media di bangunan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKKT) di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sultan Nazrin Shah yang mengkritik pemaju di negara ini kerana hanya suka membina rumah mahal.

Rahman yang bersetuju dengan kenyataan Sultan Perak itu berkata, pemaju bukan sahaja suka membina rumah mewah namun menjadikan satu kewajipan bagi mereka.

"Saya amat bersetuju mereka membina rumah terlalu canggih yang menambah nilai mahal rumah tersebut.

"Mereka menjustifikasikan kerana mahu jual gaya hidup," katanya. - TMI

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget