Tun M selar penjelasan 3 minit Zahid


SENAWANG : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seharusnya membuat penjelasan yang boleh merungkai perasaan orang-ramai akan isu sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau melahirkan rasa dukacita diatas penjelasan singkat 3 minit Timbalan Perdana Menteri itu, seolah-olah tidak mengambil berat kegelisahan orang ramai.

“Ini menunjukkan dia tidak kisah dengan kegelisahan orang ramai (derma RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri).

“Perkara ini merupakan perkara serius. Anda sepatutnya menjelaskan dengan sebaiknya, bukannya selama tiga minit,” katanya pada sidang media selepas Majlis Bicara Santai Bersama Mahathir Mohamad di sini pada Sabtu anjuran Anak Muda Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung dana RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut diminta mengulas adakah beliau akan menghadiri ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan dibuat di Kelab Sultan Sulaiman pada Isnin.

“Kalau saya berpeluang, saya akan datang. Saya harap takde Ali Tinju yang cuba buat kacau,” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget