Isu 1MDB: Pembangkang tak beri fakta, tapi auta – Najib


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pembangkang akan kalah sekiranya dicabar untuk membentang fakta berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib turut mendakwa, selama ini pembangkang hanya bercakap auta (tidak benar) mengenai 1MDB apabila menuduh syarikat pelaburan kerajaan itu mempunyai hutang yang membebankan negara sedangkan ia sebenarnya tidak berlaku.

“Ada syarikat negara dari China, beli dengan nilai keseluruhan 17 bilion (1MDB)…nampak boleh selesai.

“Mereka nak serang kita melalui peperangan persepsi.

“Kalau bentang fakta dia kalah…kalau bentang logik dia kalah…kalau lawan rasional dia kalah.. dia lawan apa, dia lawan bukan fakta tetapi auta,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 (PEMANAS 3.0).

Mengulas lanjut, Najib berkata, isu 1MDB itu juga telah menjadikan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy lebih popular berbanding pengkriik.

Katanya, penjelasan Arul itu juga membuatkan pengkritik semakin senyap.

“Apabila muncul isu 1MDB, bila Arul Kanda beri penerangan, saya anggap dia adalah popular di Malaysia.

“1MDB ditimbulkan melalui persepsi, tetapi realitinya kita dah tegok pencerahan isu itu semakin jelas bahawa penyelesaian itu ada, belum rugi lagi,” katanya.

Sehubungan itu, Najib yakin sekiranya penjelasan diberikan dengan baik, rakyat akan terus bersama kerajaan.

“Kalau kita dapat terangkan, kita percaya mereka akan bersama kerajaan,” ujarnya.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget