Umno sedia kerja bergaji tinggi seluruh dunia, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno berjuang melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan pekerjaan bergaji tinggi di seluruh dunia. Sebagai contoh, katanya, Petronas menempatkan jurutera mereka di kalangan Melayu muda di Turkmenistan. Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.
Datuk Seri Najib Razak memberitahu sekumpulan mahasiswa pro Umno malam tadi, parti Melayu itu berjuang melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan pekerjaan bergaji tinggi di seluruh dunia untuk mereka.

Menurut perdana menteri, beliau melihat perkara tersebut berlaku apabila Turkmenistan mendapatkan bantuan kepakaran Petronas dan syarikat minyak nasional itu menempatkan jurutera mereka di sana.

"Saya ke sana jumpa jurutera yang kebanyakannya jurutera Melayu muda, yang mukanya macam saudara dalam dewan ini, yang tak lama lagi hendak mencari pekerjaan.

"Tanggungjawab kita hari ini menyediakan kerja bergaji tinggi di seantero dunia untuk saudara-saudara sekalian. Dan kita ada pelan spesifik.

"Kita bukan sahaja ada wawasan, kita ada pelan untuk anda. Dan masa hadapan dan pelan kami berhasil. Dan kami boleh melaksanakannya. Inilah dia perjuangan Umno," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.

Bercakap pada majlis makan malam di ibu pejabat Umno itu, Najib memberitahu mahasiswa Putrajaya terpaksa membuat keputusan tidak popular mengurangkan subsidi demi memastikan bidang pendidikan tidak diabaikan.

"Misalnya kalau kita tak cuba hapuskan subsidi minyak kita akan belanja RM23 bilion subsidi minyak dalam masa 2 tahun dahulu. 

"RM23 bilion ditolak daripada hasil negara maka kuranglah kampus baru kita boleh bina, kuranglah biasiswa kita boleh beri.

"Itulah trade-off (tukar ganti) apabila kadang kala kita terpaksa buat keputusan yang tidak popular," katanya.

Namun kata Najib, kerajaan tetap komited terhadap bidang pendidikan dan buktinya yuran universiti awam tidak pernah naik sejak zaman beliau menjadi menteri pelajaran.

"Walaupun yuran universiti tak boleh naik, yang lain boleh naik. Tol boleh naik tetapi yuran universiti tak boleh naik.

"Daripada dulu zaman sebelum saya jadi menteri pelajaran tak naik-naik sampai hari ini pun tak naik-naik lagi.

"Satu perkara ini (sahaja) tak naik, teh tarik pun sudah naik," katanya.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget