'DAP Sarawak dedah cerita sebenar pemansuhan tol Lanang'


KUCHING: ADUN Pandungan, YB Wong King Wei hari ini mendedahkan kisah sebenar disebalik pemansuhan tol Lanang, Sibu yang mana katanya syarikat pengendali tol, Woodville SDN BHD membeli tanah berkenaan dengan harga cuma RM360 seekar.

"Dari Laporan Audit Tahunan, kos pembinaan tol lanang adalah sebanyak RM180.28 juta dan ia siap pada tahun 2006 dengan harga tanah cuma RM360 seekar, syarikat tersebut mengaut keuntungan yang sangat besar", kata beliau.

"Selama 8 tahun rakyat yang tinggal di sekitar bandar Sibu dan Sarikei membayar minimum RM3.30 untuk lalu di tol Lanang. Dengan kos pembinaan yang sangat minima dan kadar tol yang mahal, rakyat tidak perlu berterima kasih kepada kerajaan diatas pemansuhan tol itu", ujar beliau dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari tadi.

YB Wong Kee Woan dalam sidang media yang sama menambah,"Sejak tahun 2013 hingga 2015, syarikat Woodville SDN BHD telah mengaut keuntungan lebih kurang RM20 juta setiap tahun dan nilai keseluruhan sekitar RM65juta.

"Rakyat sepatutnya berterima kasih kepada DAP Sarawak kerana pemansuhan tol Lanang adalah hasil usaha kami", tegas ADUN PELAWAN itu.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem telah mengumumkan pemansuhan tol Lanang berkuatkuasa 25 Mei 2015. 

Pada sidang DUN Sarawak yang pertama pada tahun 2015 sebelum ini juga, Adenan tegas menyatakan bahawa pemansuhan tol Lanang tiada kena mengena dengan usaha DAP Sarawak.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget