Bajet 2016 Sarawak: Masih terdapat kekurangan-See Chee How


KUCHING: Peruntukan Bajet Negeri 2016 yang memfokuskan pembangunan luar bandar turut mendapat pelbagai reaksi daripada pihak pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How berkata memang tidak dinafikan Bajet Negeri 2016 ternyata menekankan aspek pembangunan terutama di kawasan luar bandar.

Namun, beliau tetap kurang berpuas hati dengan pembentangan itu berikutan masih terdapat kepincangan dalam merealisasikan perancangan sebelum ini.

“Masih terdapat kekurangan dan tidak ada perubahan, bahkan tiada usaha daripada kerajaan negeri yang sebelum ini sudah memfokuskan aspek integriti, ketelusan dan pembangunan.

“Lebih-lebih lagi aspek pengurusan kewangan yang baik seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri,” katanya.

See berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 selepas Persidangan DUN di sini, semalam.

Secara keseluruhannya, beliau mengakui kurang gembira dengan Bajet 2016 meskipun 74 peratus daripada RM8.04 bilion diperuntukkan kepada negeri Sarawak merupakan jumlah tertinggi di Malaysia bagi tujuan pembangunan.

Malah, jumlah peruntukan untuk pembangunan luar bandar merekodkan peningkatan sebanyak RM300 juta menjadikannya RM2.65 bilion berbanding peruntukan 2015 iaitu RM2.35 bilion.

Beliau berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sudah mengumumkan untuk memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan persekutuan.

“Tetapi perkara ini masih tidak diketahui jumlahnya kerana Barisan Nasional (BN) Sarawak sentiasa mahu peruntukan lebih daripada apa yang diterima sebelum ini,” katanya.

Jelasnya, permohonan peruntukan tambahan tidak akan menimbulkan masalah sekiranya amalan pembangunan kewangan negeri diuruskan dengan baik.

“Adalah wajar untuk kita (Sarawak) mendapatkan lebih perutukan daripada kerajaan pusat kerana kita di sini mempunyai hasil bumi dan sumber yang besar.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget