BN mahu terus mengekalkan kemenangan di Serian


KUCHING: Barisan Nasional (BN) masih mahu mengekalkan kedudukannya di Serian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, PRN dijangka berlangsung sebelum Julai atau mungkin lebih awal antara Mac atau April tahun depan.

“Kalau boleh saya minta agar semua pengundi di Serian mengundi pemimpin Barisan Nasional (BN) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup, Tebedu atau Bukit Semuja,” katanya.

Riot menjelaskan, sokongan yang sama turut diberi pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana beliau masih mahu berkhidmat kepada semua rakyat Serian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menteri Bersama Rakyat di Kampung Pichin di Serian kelmarin.

Riot yang juga Menteri Sumber Manusia menyatakan kesediaan untuk berkhidmat di Serian dan negara ini.

Justeru, beliau kelmarin meraikan rakyat dengan mengadakan konsert mini kumpulan pemuzik tempatan dan penampilan khas penyanyi terkenal Jacklyn Victor sebagai tanda penghargaan kepada pengundi Serian.

“Terima kasih kepada pengundi di Serian, kalau bukan kerana undian anda saya tidak akan menjadi wakil rakyat di sini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan dan amanat untuk saya menjadi Timbalan Menteri Luar seterusnya melantik saya sebagai menteri penuh di Kementerian Sumber Manusia,” ujarnya.

Tegasnya, pemimpin BN sudah merancang rapi pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) termasuk pembangunan modal insan dan menjaga kebajikan pekerja di seluruh negara.

Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian, ADUN Tebedu Dato Sri Michael Manyin, ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, ADUN Kedup Martin Ben serta yang lain meraikan sambutan jubli perak beliau sebagai wakil rakyat di Serian dan sambutan hari lahir yang jatuh pada 4 Disember lepas.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget