Pemimpin masyarakat perlu bantu JKM kesan penduduk layak dapat bantuan


SRI AMAN: Pemimpin masyarakat perlu membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan penduduk rumah panjang mahupun kampung yang layak mendapat bantuan.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata adalah perlu setiap rumah panjang mahupun kampung mempunyai data penduduk di bawah jagaan mereka yang memerlukan bantuan kebajikan.

“Daripada data itu mudah agensi berkaitan menyalurkan segala bantuan kepada penduduk rumah panjang mahupun kampung yang memerlukan bantuan,” katanya pada Program ‘Walkabout’ dan Randau Bersama Pemimpin anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman di Rumah Ringgit Bayang, Kampung Ibol, Sungai Raya, Undop dekat sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu turut menyarankan rumah-rumah panjang atau kampung-kampung yang tidak mempunyai sebarang data penduduk agar mewujudkan pangkalan data untuk rujukan pada masa depan.

Katanya setiap maklumat yang terdapat dalam sistem pangkalan data tersebut bukan kegunaan JKM sahaja malah Pejabat Daerah, Pejabat Residen, KEMAS dan wakil rakyat.

“Jangan anggap data-data tersebut tidak penting kerana dengan adanya maklumat tersebut memudahkan agensi-agensi kerajaan membuat rujukan,” jelasnya.-Utusan Borneo

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget