KUALA LUMPUR - DAP berkata Pakatan Harapan akan memilih wakil bagi menggantikan Tony Pua dalam debat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.
Ini berikutan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melarang Pua berdebat dengan Arul Kanda kerana anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu merupakan anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pengganti Pua akan ditentukan dalam satu mesyuarat Ketua-Ketua Sekretariat Pakatan Harapan.
Lim berkata:" Kita (Pakatan Harapan) tidak ada masalah untuk memilih pengganti (Pua)".
Kenyataan Lim itu dilihat tidak menghiraukan kenyataan Pandikar Amin bahawa Arul Kanda sendiri tidak boleh menjadi saksi dalam siasatan PAC terhadap 1MDB sekiranya beliau berdebat secara terbuka.
Susulan arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ramai berpendapat debat secara langsung di televisyen mengenai 1MDB tidak akan diadakan.
Sabtu lepas, Arul Kanda menyahut cabaran Pua untuk mengadakan debat secara langsung mengenai isu 1MDB tanpa syarat, dan perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada berbagai pihak.
Pandikar Amin membuat keputusan berkaitan debat itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
- Bernama
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.