Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti Islam itu tidak akan membenarkan bandar yang dikuasai DAP menghalalkan arak dan judi kepada umat Islam.
Hadi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim Guan Eng yang mengatakan DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" di negeri itu.
"Kita tak akan benar bandar dikuasai DAP menghalalkan arak dan judi kepada umat Islam. Itu jawapannya, senang," katanya kepada pemberita semasa "Hi-Tea Konvensyen Jelas Bersama Presiden" di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor hari ini.
Media melaporkan Lim mengatakan demikian ketika beliau berucap di Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2015.
Ketua menteri Pulau Pinang itu mengatakan DAP perlu berada dalam kerajaan Selangor bagi menghalang PAS melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat negeri itu.
"Lihat Kelantan hutan simpan kekal pun buat pembalakan, Husam (adalah) Adun PAS Kelantan yang kata (mengenai) skandal ini.
"Kalau dia (PAS) boleh buat dekat Kelantan, dia boleh buat juga di Selangor.
"Kita nak tahan PAS daripada buat jahat, macam dia buat jahat di Kelantan," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP merujuk kepada serangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa terhadap pimpinan kerajaan Kelantan. –The Malaysian Insider
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.