Pas sudah 'bersihkan' Kelantan


KUALA LUMPUR - Menukar pemerintah di Kelantan hanya akan mengembalikan semula negeri Che Siti Wan Kembang itu kepada yang dulu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas telah 'membersihkan' negeri itu dan menerapkan unsur-unsur Islam.

"Kita memperkemaskan jentera parti dan yakin rakyat masih bersama-sama Pas di Kelantan sebab dengan menukar kerajaan (hanya) akan mengembalikan semula nilai-nilai yang negatif...(yang) dulu.

"Sekarang kita telah meletakkan asas Islam, kita dah tutup pusat-pusat perjudian, pusat-pusat maksiat dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas perasmian program Nadwah Pemerkasaan Du'at (Nekad) Siri 8.0 di sini, hari ini.

Selasa lalu, penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Ismail Sualman berpendapat sudah sampai masanya rakyat Kelantan memilih BN untuk memacu dan melonjakkan transformasi pembangunan di Kelantan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau melihat Kelantan diurus dengan baik dan lancar oleh Pas dengan meneruskan dasar yang dibawa bekas Menteri Besarnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jika nak tukar pemerintah, kena ada alasan kukuh. Dasar dan polisi Tuan Guru Nik Aziz kini diteruskan oleh menteri besar sekarang. Bahkan ada beberapa nilai tambah baharu yang telah dibuat.

"Cuma ada kelemahan yang kita yakin boleh diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya.

Melalui wawancara bersama Sinar Harian itu, Ismail berkata, meskipun tidak dapat dinafikan wujud pembangunan di Kelantan, namun ia masih jauh daripada pencapaian diinginkan.

"Pembangunan di Kelantan sepatutnya lebih banyak membantu anak negeri. Namun, dek kerana kekurangan pelaburan dari luar negara dan kekurangan prasarana, maka pelabur kurang sesuai untuk mewujudkan projek mega, mendirikan kilang dan sebagainya.

"Sedangkan kekuatan yang ada pada Kelantan adalah sumber manusia yang ramai tetapi kekurangan persekitaran ekonomi menyebabkan Kelantan banyak bergantung kepada Kerajaan.

- Sinar Online

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget