Guan Eng: Melayu hairan kerjasama PAS-PERKASA


Orang Melayu menggaru kepala kehairanan selepas musuh kini menjadi kawan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng atas kerjasama PAS dengan NGO pendesak Melayu PERKASA.

"Dulu punya lawan (sekarang) jadi kawan, sampai boleh peluk-memeluk lagi, khususnya PERKASA (Datuk) Ibrahim Ali peluk sama peluk,” kata Lim dalam ucapannya dalam Konvensyen DAP Selangor hari ini.

Kata Lim, kerjasama yang dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Ibrahim membuatkan pengundi bukan Islam termasuk bangsa Melayu tertanya-tanya terhadap sikap parti itu.

"Bukan sahaja pengundi bukan Melayu geleng kepala, kawan-kawan dan orang Melayu pun tanya apa pasal.

“Bersama dengan NGO PERKASA ini macam asabiyah. Kawan-kawan berkata, asabiyah tidak dibenarkan dalam Islam,” kata Lim.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengulas tindakan PAS mengumumkan bulan lalu bahawa parti Islam itu bekerjasama dengan PERKASA mengenai tiga isu.

Antaranya termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Sewaktu bergambar Ibrahim memeluk Hadi dengan penuh semangat dan berkata bahawa mereka kini rakan dan perlu lebih dari berjabat tangan.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget