Azmin tak layan cadangan DAP

Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali enggan melayan cadangan Pengerusi DAP Kajang Baru Chiong Yoke Kong supaya memecat wakil rakyat PAS dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Menurut Azmin, pandangan itu bersifat individu dan bukan mewakili DAP secara keseluruhannya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri katanya, menyatakan pendirian akan terus bersama PAS dan PKR seperti dijanjikan pada Pilihan Raya Umum (PRU13).

“Anda tak boleh ambil satu pandangan daripada seorang delegasi sahaja dan terus menolak saya, saya tak fikir ia adil.

“Saya mengambil pendirian yang dibuat oleh Lim Guang Eng yang akan terus sokong PAS dan PKR, itu keputusan DAP,” kata Azmin di Lobi Parlimen, Isnin.

Semalam Yoke Kong secara lantang memberi kata dua agar pemimpin DAP memberi tempoh kepada Azmin supaya memecat wakil rakyat PAS daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

Pimpinan DAP juga sarannya harus secara tidak teragak-agak keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Kita mendesak kerana PAS sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan, jadi kita mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk pecat wakil rakyat PAS ataupun DAP perlu keluar dari pentadbiran tersebut,” katanya semasa sesi bahas dalam Konvensyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya pada Ahad.

Sementara itu, Azmin enggan mengulas cubaan DAP untuk mengambilalih lapan kawasan yang dimiliki PAS seperti yang diumumkan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

“Itu kita bincang nanti, PRU bila? minggu depan? lambat lagi kan?” katanya.- bnbbc
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget