Amanah tidak tahu rancangan DAP, tapi tak berkecil hati


Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui tidak mengetahui rancangan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor milik PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib.

Pemimpin Amanah Selangor itu menyifatkan ia bukan isu besar selain menegaskan tumpuan parti itu kini adalah memperkukuhkan jentera terlebih dahulu.

"Kita tidak bincang mengenai pengagihan kerusi kerana prinsip kita sekarang ialah mengukuhkan Pakatan Harapan di Selangor, jentera kita, menguatkan struktur jentera dan kewangan itu agenda kita kini.

"Namun belum ada perbincangan dan kita tidak tahu. Kita hanya tahu berkenaan hal itu melalui kenyataan media semalam," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mengakui Amanah tidak berkecil hati dengan rancangan DAP, Saari berkata keputusan yang diumumkan Tony Pua sebagai reaksi terhadap kenyataan PAS sebelum ini.

"Kita tidak kecil hati, (kalau dibanding) apa yang dilalui semasa PAS dan dilabel, jadi perkara itu tidak ada apa.

"Yang penting kita yakin dan sudah bersedia daripada segi mental iaitu untuk merealisasikan matlamat Pakatan Harapan ditubuhkan untuk kebaikan rakyat Malaysia," katanya.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak Amanah juga boleh turut bertanding merebut kerusi PAS seperti DAP.

"Bagi kita pertandingan 1 dengan 1 mungkin tidak berlaku semua tempat namun kalau 3 penjuru ini nampak lebih menggambarkan suasana sebenar," katanya.

Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata pada Jumaat, DAP bersedia merebut 8 kerusi DUN milik PAS.

Menjelaskan keputusan itu, pengerusi DAP Selangor itu berkata hari ini rancangan itu dilakukan demi masa depan Pakatan Harapan di Selangor.-The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget