20 bilik gerakan jentera PBB DUN Demak Laut akan dilancar: Dr Hazland


KUCHING: Sebanyak 20 bilik gerakan jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di DUN Demak Laut akan dilancarkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, langkah tersebut adalah bagi memastikan sokongan berterusan daripada pengundi di konstituensinya kepada Barisan Nasional (BN).

“Terdapat 20 kampung di dalam DUN Demak Laut dan saya mahu bilik gerakan dibuka di setiap kampung untuk mendekati pengundi.

“Ini bagi memastikan kemenangan terus memihak kepada BN bagi meneruskan kesinambungan pembangunan kerana banyak lagi yang diperlukan di kawasan ini,” katanya sempena pelancaran jentera pilihan raya DUN Demak Laut di Kampung Bako dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, Dr Hazland berkata DUN Demak Laut juga mempunyai bilangan jentera yang paling tinggi iaitu seramai 193 orang sekali gus menjamin keupayaan BN untuk memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya nanti.

Justeru bagi memastikan setiap bilik gerakan aktif, beliau berkata akan mengadakan pertandingan antara bilik gerakan.

“Saya akan mengadakan pertandingan bilik gerakan terbaik dan undi terbanyak,” katanya.

Menjelas lanjut, Dr Hazland berkata DUN Demak Laut kini mempunyai bilangan pengundi kira-kira 16,000 orang.

Tambah beliau, bilangan pengundi tertinggi adalah di Tabuan Melayu iaitu seramai 3,500 orang diikuti kawasan Bako seramai 2,300 orang.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget