Pertarungan di Marudi semakin panas selepas SPDP mahu bertahan


SEKILAS PANDANG: Masalah sedang tercetus di kerusi negeri Marudi kerana Ketua Menteri Adenan Satem telah menunjukan yang dia mahukan penyandang kerusi sedia ada Sylvester Entri untuk mempertahankan kerusi itu.

Penyokong Sylvester, terlalu berharap untuk didengar dan dilihat sebagai penyokong ketua menteri, kini sedang mempamerkan keberanian yang jarang dilihat dalam kalangan penduduk rumah panjang sebelum ini.

Mereka menyuarakan sokongan terbuka kepada Sylvester, seorang pembantu menteri dalam Kerajaan BN Plus Adenan, kerana Adenan mengatakan yang wakil rakyat itu masih calon yang boleh menang pilihanraya.



Ketua rumah panjang- yang kebetulan dilantikan menjawat jawatan oleh Sylvester- sedang menolak satu sama lain dalam kejar mengejar mereka untuk menunjukan kepadanya yang mereka berbaloi setiap sen untuk elaun ketua rumah panjang sebanyak RM850 yang dibayar kepada mereka setiap bulan.

Tanpa ragu lagi, ketua-ketua ini dilantik sebagai ketua rumah panjang kerana mereka bersedia menjadi budak suruhan Yang Berhormat (YB) mereka, yang hanya menjadi wakil rakyat, bukannya MP.

Untuk RM850 mereka bersedia melakukan apa sahaja untuknya. Dalam kes Sylvester ini, mereka malah boleh makan tangan sendiri kerana Sylvester digemari oleh ketua menteri.

Jadi apabila 53 ketua rumah panjang di kawasan kerusi Marudi mengisytiharkan perang kepada ketua perhubungan Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) Marudi, Jaya Ramba, anda boleh bertaruh yang mereka tidak melakukannya bersendirian.

Satu perkara yang pasti tentang ketua rumah panjang moden ini, mereka bukanlah jenis ketua rumah panjang tuai rumah zaman silam yang berketurunan pahlawan dan pemimpin puak mereka.

Ketua rumah panjang kini ialah ahli politik dalam kedudukan paling rendah dalam tangga politik tetapi diperdayakan- dengan elaun bulanan RM850 sebulan- yang tanpa mereka, tuan mereka tidak akan mempunyai mata, telinga dan hidung untuk mendengar, melihat dan menghidu masalah akar umbi.

Dan ketua-ketua rumah panjang ini mendesak supaya Ramba “meminta maaf kepada kami secara terbuka, jika tidak kami akan mengambil tindakan untuk mempertahankan integriti politik kami”.

Lihat? Mereka percaya yang mereka mempunyai “integriti politik” sedangkan mereka tidak sepatutnya terlibat secara langsung dengan politik.

Mereka sepatutnya mentadbir urusan rumah panjang mereka, bukan bermain politik dan menjadi konco YB mereka.

Dengan menjadi orang bawahan YB mereka akan meletakan kepercayaan politik mereka kepada rakyat.

Ini tidak sihat kerana bukan semua penduduk rumah panjang akan bersetuju dengan ketua mereka.

Ramba tidak akan menjadi orang kuat dalam SPDP kawasan itu sekiranya dia tidak mempunyai pengikut yang percaya dan berjuang bersama-sama. Lagipun, Marudi, sebelum Sylvester lompat parti, ialah kubu kuat SPDP. Sylvester memenangi kerusi sebagai calon SPDP.

Seperti yang disebut sebelum ini, masalah besar sedang tercetus di Marudi kerana jika 53 ketua itu benar-benar bertegas hendak mempertahankan “integriti politik” mereka- ditambah pula dengan elaun bulanan sebanyak RM850- kecuali Rambo, maksud saya Ramba, yang akan mempertahankan kubu kuatnya dengan semangat sejati BN.

SPDP ialah BN sejati, dan menarik untuk melihat bagaimana Adenan akan menjadikan Sylvester yang pura-pura BN menjadi lebih BN berbanding BN sendiri.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget