Sebaliknya Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mahu parti komponen BN termasuk Umno, MCA dan Gerakan turun padang bertemu masyarakat khususnya kaum Cina bagi memperbaiki persepsi terhadap parti itu.
Bercakap selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKASA cawangan Selayang hari ini, Ibrahim majlis berkata parti politik itu mempunyai sumber untuk berbuat demikian daripada bergantung kepada media untuk menyampaikan mesej.
Menurut veteran politik itu lagi, kaum Cina telah terpesong dengan penilaian kerana kebanyakan mereka mendapatkan maklumat daripada sumber yang "diputarbelitkan".
"Isu perkauman timbul kerana isu tuduh menuduh hasil (dikotomi) baju kuning dan merah," katanya di Rawang.
"Ini elok jika mereka (BN) ini (yang) ada banyak kemudahahan supaya turun secara agresif dan sistematik berjumpa kaum Cina untuk beri penerangan yang sebenarnya
"Sebab sekarang ni mereka hanya menerima berita dari sestengah pihak yang diputarbelit (dan) yang ditimbulkan kekeliruan apatah lagi maklumat sepihak daripada pemimpin DAP Dan PKR," katanya.-Malaysiakini
Post a Comment