Alexander yakin 70 peratus rakyat Ngemah berdiri teguh bersama BN


KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent percaya sebanyak 70 peratus rakyat di kawasan itu berdiri teguh di belakang Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana rakyat di kawasan itu semakin meyakini pentadbiran BN yang sentiasa mengutamakan keperluan rakyat di kawasan luar bandar.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, saya yakin BN akan terus mendapat mandat daripada rakyat di sini.

“Rakyat tahu apa yang BN laksanakan di konstituensi ini sejak lebih empat tahun lalu,” katanya pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Rumah Panjang Baharu Rumah Joshua Medan di Sungai Tuah dekat sini semalam.

Hadir sama isterinya Susan Clement, Penghulu Barnabas Angkis, Penghulu Ijam Tuah, Tuai Rumah Joshua serta para kaunselor dan tuai-tuai rumah sekitar Sungai Tuah.

Rumah panjang baharu itu mempunyai 15 pintu.

Alexander berkata banyak pembangunan dan projek disalurkan di kawasannya sejak lebih empat tahun lalu.

“Saya berharap rakyat tahu membalas jasa baik kerajaan BN yang banyak membantu membangunkan rakyat khususnya di luar bandar.

“Apa yang kita kecapi di kawasan Ngemah ini adalah hasil pemberian BN.

“Tiada orang lain menyalurkan pembangunan kepada kita,” jelasnya.

Sementara itu, Tuai Rumah Joshua menggesa penduduknya menyokong Alexander pada PRN nanti.

“Beliau banyak berkhidmat kepada kita di Sungai Tuah ini. Banyak beliau salurkan kepada kita.

“Oleh itu, kami di Sungai Tuah mahu Alexander terus diberi mandat pada PRN akan datang kerana beliau adalah seorang wakil rakyat yang cemerlang,” katanya.

Pada majlis itu, Alexander turut dibawa melawat tapak rumah panjang baharu serta beramah mesra dengan penduduknya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget