PAS tumpu isu-isu kemudahan luar bandar di Sarawak


MIRI: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) terus menumpukan isu-isu kemudahan asas luar bandar yang masih tidak seimbang pada kempen pilihan raya akan datang.

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata masih banyak kawasan luar bandar tidak mendapat kemudahan asas yang seimbang, justeru memerlukan perhatian segera.

“Di Sarawak, kita melihat kawasan rumah-rumah panjang masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik dan perkara ini harus diperjuangkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Tuan Ibrahim berkata, royalti diterima kerajaan negeri iaitu lima peratus ketika ini adalah jumlah yang banyak dan sewajarnya royalti ini diuruskan dengan lebih baik untuk manfaat rakyat.

“Sarawak banyak sumber asli seperti balak, sawit dan sebagainya namun apa yang ditekankan di sini cara bagaimana pengurusan hasil-hasil itu dapat disalurkan kepada rakyat,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat harus sedar bahawa mereka mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan kerajaan yang dapat membela nasib mereka.

“Setiap kali pilihan raya, PAS sentiasa menekan bahawa rakyat mempunyai kuasa dalam sistem demokrasi dan mereka harus memanfaatkan kuasa itu untuk menentukan nasib mereka pada masa akan datang,” jelasnya.

PAS bertapak di Sarawak selama 19 tahun iaitu pembukaan cawangan pertama di Kuching pada 1996 sementara Miri pada 2009 seterusnya Bintulu 2010.

Setakat ini, PAS mempunyai 11 kawasan di seluruh Sarawak dan kini dalam rangka persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sementara itu, Setiausaha PAS Sarawak Mukthar Suhaili berkata pihaknya juga memberi fokus bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.

Menurut rekod, PAS pernah bertanding di Parlimen Sibuti dan berjaya mendapat 7,282 undi dan sokongan pengundi PAS ketika itu boleh diterjemahkan semula di kerusi DUN Lambir nanti.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget