Najib pertahan SJKC


PETALING JAYA: Sebarang tuntutan untuk memansuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah bertentangan dengan dasar dan semangat Barisan (BN)

Peringatan itu diberikan, Pengerusinya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, sistem persekolahan satu aliran tidak pernah wujud dalam dasar parti pemerintah sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Kalau ada pihak yang cakap-cakap yang mengatakan kita patut menghapuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan mewujudkan sistem persekolah satu aliran, itu bukan dasar Barisan Nasional.

“Barisan Nasional teguh berpegang kepada dasar yang berteraskan kepada kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan bahasa. Ini bukan saya yang tentukan. Ini sudah diputuskan oleh pengasas-pengasas negara ini yang mahukan Malaysia terbina daripada kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.

“Kita kena pertahankan dasar ini. Kita sudah banyak mencipta kejayaan dan menyebabkan banyak negara cemburu kepada kejayaan kita biarpun mempunyai rakyat pelbagai bangsa,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-62 MCA di ibu negara pada Ahad.

Tambah Najib, Malaysia mempunyai potensi untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan asalkan semua rakyat sanggup mempertahankan prinsip utama negara yang berteraskan kepada kontrak sosial dan perlembagaan.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget