Laporan polis terhadap Najib dibuat jika ada bukti kukuh – Tun M


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan, usahanya untuk berbuat demikian tidak kesampaian kerana kekangan itu.

“Saya tidak mempunyai bukti yang kukuh…Saya tahu banyak wang yang hilang, tetapi saya tidak tahu duit itu ke mana,” katanya kepada pemberita selepas menerima Anugerah Pertubuhan Akitek Malaysia di Hotel Maya.

Dr Mahathir turut mendedahkan buat masa ini juga beliau tidak pernah membuat sebarang laporan polis kepada mana-mana pihak.

“Saya tidak pernah membuat lagi laporan polis terhadap sesiapa,” katannya.

Sebelum ini Dr Mahathir lantang mengkritik Najib berikutan beberapa isu seperti 1MDB dan RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir mengulangi kenyataan sebelum ini yang mempersoalkan tiada tindakan yang diambil ke atas Najib walaupun banyak laporan yang dibuat berhubung salah lakunya.

Sebaliknya mereka yang mengkritik dan menegur kesilapan akan berdepan dengan tindakan undang-undang termasuk ditahan.-Free Malaysia Today

Post a Comment

kalau tak bukti kenapa tuduh.

Mereka adalah enam jahanam.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget