Mengakui tidak lagi serasi untuk terus berada dalam Umno, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan penyertaan beliau ke dalam PKR sebagai satu hijrah kecil.
Katanya, ia merupakan pengorbanan yang dilakukan, yang mana ia akan membawa kepada hasil yang lebih baik untuk rakyat pada masa akan datang.
"Sempena dengan Maal Hijrah ini. Ini (penyertaan ke dalam PKR) adalah hijrah kecil dari saya," katanya sebelum sidang media bermula.
Dalam sidang media yang sama, Saifuddin berkata, penyertaannya ke dalam PKR akan menjadi satu titik perjuangan baharu yang lebih tinggi berbanding parti sebelumnya.
"Suara-suara seperti ini (suara dari parti PKR) adalah suara yang kita selalu dengar jika kita selalu turun padang untuk dengar apa yang rakyat mahukan.
"Saya anggap ini perubahan besar kepada orang kecil seperti saya... Dan saya percaya perjuangan seperti (parti ini) adalah perjuangan yang diperjuangkan oleh masyarakat sivil," katanya lagi. - SH
Post a Comment