HUS perlu lebih banyak mesin radioterapi


KUCHING: Ahli Parlimen Stampin Julian Tan menggesa agar mesin radioterapi baharu ditambah di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana kini ramai pesakit kanser menghadapi situasi yang sukar ekoran kekurangan mesin berkenaan.

Beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini kelmarin menegaskan pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berhubung kesukaran yang dihadapi pesakit kanser disebabkan kekurangan mesin radioterapi di hospital.

“Kami pergi sendiri ke HUS di sini untuk memahami situasi sebenar dan kini hanya tiga mesin radioterapi di hospital dan satu daripadanya rosak sejak penghujung September.

“Ini bukan pertama kali ia berlaku dan agak biasa berlaku sejak mesin yang sudah lama itu kerap digunakan lebih daripada yang sepatutnya kerana pesakit yang semakin ramai,” katanya.

Sehubungan itu kata Tan, mesin radioterapi yang baharu amat diperlukan kerana pesakit yang datang ke Kuching termasuk dari seluruh pelosok negeri ini untuk mendapatkan rawatan radioterapi.

“Malahan adalah amat penting kepada pesakit kanser untuk menerima rawatan mengikut jadual masa tertentu dan sebarang penangguhan atau rawatan susulan radioterapi akan memberi kesan kepada pesakit dalam proses untuk sembuh,” katanya.

Beliau dengan itu menggesa lebih banyak dana diperuntukkan bagi keperluan mesin baharu dan penyelenggaran lebih baik dalam menjaga kesejahteraan serta keselamatan pesakit kanser.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget