Foochow turut berperanan majukan Sarawak: Henry


LAWAS: Masyarakat Foochow turut memainkan peranan penting dalam membawa pembangunan memajukan Sarawak, kata Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong.

Jelasnya, mereka perlu berdiri teguh dan bersatu hati dengan kaum lain untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri ini.

“Kita saling mengenali sejak kecil dan terus membesar bersama di negeri ini dalam suasana penuh muhibah dan harmoni tanpa mengira bangsa, kaum atau latar belakang.

“Justeru penting untuk kita semua memastikan semangat harmoni dengan semangat persefahaman tinggi terus kekal dalam membawa lebih banyak pembangunan untuk Sarawak tercinta,” katanya.

Henry berkata demikian pada majlis perasmian ulang tahun ke-40 Persatuan Foochow Lawas dan Karnival Warga Emas kali ke-6 di Kompleks Sukan Lawas baru-baru ini.

Hadir sama ialah veteran Persatuan Foochow Malaysia Tan Sri Ting Chu Pei, pengerusi-pengerusi Persatuan Foochow daripada seluruh Sarawak, Semenanjung Malaysia, Sabah, Brunei, Labuan dan Amerika Syarikat, Exco Parti Pemuda Negeri Sarawak, Abu Bahrin Reduan, Ketua Pemuda Parti PBB Bukit Sari, Kr. Semie Nasip dan kenamaan lain.

Katanya lagi sumbangan masyarakat Foochow juga adalah sama penting dengan masyarakat lain di negeri ini dalam membawa pembangunan untuk kesejahteraan semua.

Terdahulu Pengerusi Persatuan Foochow Lawas, Yong Kah Chu menjelaskan kerajaan melalui pemimpin tempatan di sini sentiasa prihatin serta menyokong masyarakat Cina khususnya masyarakat Foochow.

Malah masyarakat Cina amat gembira dengan pendekatan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang komited membela semua kaum tanpa mengira latar belakang dan agama.

“Kita akan terus menyokong beliau dalam membela dasar pendidikan yang sesuai untuk negeri ini dan lain-lain kuasa autonomi sememangnya menjadi hak rakyat Sarawak,”jelasnya.

Yong berkata lagi masyarakat Foochow di Lawas akan memastikan sokongan padu diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihanr raya negeri akan datang khususnya Awang Tengah yang merupakan pemimpin yang adil kepada semua kaum di daerah Lawas ini.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget