Tiada individu, kumpulan dari Malaysia rancang saman syarikat Indonesia, kata Nancy


Malaysia mempunyai perancangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat di Indonesia yang dianggap bertanggungjawab bagi keadaan jerebu ketika ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata pihak yang mempunyai niat sedemikian perlu "terlebih dahulu teliti undang-undang antarabangsa dari segi bidang kuasa kita".

Nancy diminta mengulas inisiatif kerajaan Singapura untuk menyaman lima syarikat Indonesia atas dakwaan menyebabkan jerebu yang negara pulau itu turut terjejas teruk.

Beliau berkata isu itu boleh menimbulkan perdebatan kerana untuk mengambil tindakan itu, perlu ada bukti kukuh bahawa mana-mana syarikat yang disaman itu benar-benar bertanggungjawab dan menyebabkan jerebu di kawasan spesifik.
"Kami masih belum melihat kejayaan tindakan Singapura itu. Pasti ia akan menjadi amat mencabar," katanya.

Menurut Nancy, Malaysia, Singapura dan Indonesia sentiasa mengadakan perbincangan mengenai masalah jerebu.

"Saya berharap sesuatu yang positif terhasil daripada ini," katanya selepas merasmikan sambutan "Hari Kualiti" di Sekolah Menengah Teknik Sejingkat.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan pelajar bahawa pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) akan memberikan mereka lebih banyak peluang untuk mendapatkan kerja ketika negara menuju mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata daripada 1.5 juta peluang kerja baharu diwujudkan dalam banyak program di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, 60% akan berdasarkan kelayakan TVET.

"Di Sarawak, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) akan menjana kira-kira 1.6 juta peluang kerja. Ini juga kebanyakannya akan membabitkan bidang teknikal," katanya. – Bernama, 3 Oktober, 2015

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget