Merujuk kepada Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Chong Sin Woon, Ahli Parlimen Gelang Patah itu, berkata rakyat Malaysia berhak memperoleh timbalan menteri yang jauh lebih berwibawa.
Beliau berkata, kenyataan Tajuddin yang mahu melempang orang Cina sebelum kemudian mengubahnya kepada Cina DAP, tidak bijak dan tidak masuk akal.
Katanya, begitu juga Chong yang menyatakan sekolah aliran kebangsaan menyemai sikap perkauman apabila dikritik pemimpin UMNO dan menggunakannya untuk menyerang pimpinan DAP seolah-olah terlupa jawatan yang disandangnya sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
“Chong tidak layak menjadi Timbalan Menteri Pendidikan manakala Tajuddin langsung tak layak jadi timbalan menteri di mana-mana kementerian,” katanya pada kenyataan media, baru-baru ini.
Kit Siang berkata, Najib perlu bertegas dengan kedua-dua timbalan menteri itu, sesuai dengan saranannya supaya menghenti membuat kenyataan yang boleh menimbulkan persengketaan dan perbalahan.
“Najib mesti pecat mereka untuk menghantar mesej kepada semua kabinet supaya memiliki kualiti dan piawaian tertentu,” katanya. – Roketkini.com
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.