Bagi RM2.6 bilion mesti mahu publisiti, kata Dr Mahathir


Individu dari Timur Tengah yang "menderma" RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pastinya mahukan publisiti daripada derma yang dihulurkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, perkara itu adalah "ego" seseorang yang menyumbangkan sejumlah wang sebegitu banyak.

Najib sebelum ini mendakwa wang di dalam akaunnya itu datang daripada sumbangan seorang dermawan Timur Tengah.

"Mereka bukan saja bagi, tapi bagi senyap-senyap, mereka tak beritahu dekat orang," katanya sinis.
"Saya fikir orang Arab kalau dia nak bagi duit begitu banyak, dia nak panggil media, 'tengok kami bagi duit banyak dekat Najib'. Inilah namanya ego orang yang nak bagi duit," kata Dr Mahathir pada majlis Bicara Negarawan di Tawau, hari ini.

Video ucapan Dr Mahathir itu dimuat naik blogger Din Turtle di blognya.

Najib sebelum ini mempertahankan kewujudan wang itu dalam akaunnya sekitar Mac 2013 yang dibongkar akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

Najib pada mulanya mahu menyaman WSJ namun kemudian mendakwa wang itu adalah derma pilihan raya. –The Malaysian Insider

Post a Comment

Ada juga manusia beri secara ikhlas tidak mahu publisiti..tangan kanan beri tangan kiri tak tahu.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget