AMK lapor Chegubard ke Jawatankuasa Disiplin PKR


PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor akan membuat laporan kepada Jawatankusa Disiplin Keadilan terhadap Ahli PKR seumur hidup Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard kerana tindakannya yang didakwa memfitnah pemimpin parti itu.

Timbalan Ketua AMK Selangor, Zainol Abidin Mohamed berkata, laporan itu juga kerana tindakan Chegubard yang mengeluarkan kenyataan terbuka di media, blog dan media sosial yang disifatkan sebagai cubaan untuk memecahbelahkan PKR.

Zainol berkata, dia bersama pimpinan AMK negeri akan membuat laporan itu di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.

Chegubard melalui blognya mendakwa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali atau kartel Azmin dikatakan akan melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Rampasan kuasa atau coup de’etat itu dipercayai akan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat MPP khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Chegubard turut mendakwa, wujudnya gerakan dalam kalangan bekas pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu.-Free Malaysia Today
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget