Ahli parlimen pembangkang sombong – Bung Mokhtar


PETALING JAYA: Datuk Bung Mokhtar Raden mendakwa ahli parlimen pembangkang di negara ini sombong dan ego apabila enggan membuat permohonan maaf apabila melakukan kesalahan.

Ahli Parlimen Kinabatangan membuat kenyataan itu susulan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang digantung enam bulan kerana menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya, apa yang berlaku terhadap Kit Siang tidak mengejutkan kerana ia ‘wajah’ sebenar wakil rakyat pembangkang.

“Saya tidak hairan sebab inilah sifat wakil rakyat pembangkang yang selalu bersifat ego dan sombong dimana apabila melakukan kesilapan mereka enggan memohon maaf walaupun kesilapan itu dilakukan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya kepada FMT.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bagaimanapun mengaku Kit Siang memainkan peranan besar sebagai pembangkang.

Namun, katanya, kebanyakan isu yang dibawa oleh Kit Siang merupakan isu lama yang dikitar semula.

“Tidak dapat saya nafikan beliau (Kit Siang) banyak melakukan peranan selaku wakil rakyat dari segi berhujah sehingga dia dikenali YB ‘ recycle’, sebab dia selalu mengulangi hujah-hujahnya,” katanya dengan nada menyindir.

Kit Siang telah digantung enam bulan daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana menghina speaker apabila menuduh Speaker suba mensabotaj siasatan 1MDB.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget