Kit Siang ramal Dr Mahathir bakal mangsa ‘raksasa’ 1MDB


Selepas digantung daripada sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan kerana menyentuh tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pemimpin DAP Lim Kit Siang meramalkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi "mangsa" dana milik negara itu yang seterusnya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyenaraikan penggantungannya semalam, bersama pemecatan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai bukti mereka mangsa "raksasa" bernama 1MDB kerana kritikan mereka terhadap syarikat itu.

"Saya hanyalah mangsa terkini 'raksasa' 1MDB dan lebih ramai termasuklah bekas perdana menteri Dr Mahathir, akan menjadi mangsa melainkan 1MDB dihalang perjalanannya," kata Lim dalam kenyataannya.

"Semua rakyat Malaysia mengambil berat akan kelewatan melampau dalam siasatan 1MDB.

"Malah, Raja-raja Melayu juga menzahirkan kerisauan mereka menerusi kenyataan tidak dijangka pada 6 Oktober lalu menyeru kerajaan melengkapkan siasatan 1MDB 'secepat mungkin' dan 'bertindak tegas' terhadap semua yang bersubahat – satu sikap tidak puas hati jelas terhadap kelewatan dan penangguhan dalam siasatan 1MDB, termasuklah penangguhan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selama 3 bulan ke atas siasatan 1MDB," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan usul menggantung Kit Siang selepas beliau tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf tanpa syarat berhubung tuduhannya terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Kit Siang digantung selepas didakwa menuduh Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahguna kuasanya sebagai speaker bagi mensabotaj siasatan PAC ke atas 1MDB.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget