Pemimpin gagal kawal khalayak di Petaling Street


SEKILAS PANDANG: Seramai hampir 5,000 orang pembantah yang berhimpun di sekitar Petaling Street tanpa dipimpin, kata seorang pegawai kanan polis yang bertugas.

Timbalan pengarah jenayah komersial Bukit Aman Roslan Abdul Wahid memberitahu wartawan di Petaling Street yang terdapat beberapa cubaan di sepanjang hari untuk merempuh halangan polis yang diletakan di situ.

“Pada mulanya beberapa orang antara mereka bertanya sekiranya mereka mahu berhenti rehat di sini untuk 10 hingga 15 minit. Kami (polis) cakap okay.

“Beberapa meninggalkan kawasan selepas itu (tetapi) mereka tidak mempunyai pemimpin. Terdapat lebih kurang lima atau enam kumpulan kecil yang tidak boleh dikawal antara satu sama lain,” kata selepas jam 7pm, selepas khalayak diberikan arahan untuk bersurai.

Lebih kurang jam 5pm, polis menggunakan meriam air untuk cuba menyuraikan khalayak yang berkumpul.


Rosli berkata polis tidak mempunyai pilihan kerana khalayak berkeras mahu memecah masuk ke dalam halangan terakhir polis di depan kawasan Pasar Seni.

“Kami memberitahu mereka tiada sesiapa di dalam...Pada awalnya, kami juga membenarkan beberapa mereka masuk untuk melihat sendiri. Saya tidak tahu mengapa mereka terus berkeras,” katanya.

“Kemudian kami menolak mereka (khalayak) ke belakang, beberapa orang jatuh. Mereka yang dibelakang melontar batu dank on trafik tetapi ia mengenai seorang pembantah dan bukannya anggota polis,” katanya menambah yang FRU juga dikerahkan ke kawasan itu selepas khalayak bertambah menjadi hampir 5,000 orang.

“Saya tidak mahu bertindak (kerana) terdapat ramai wanita dan kanak-kanak. Kami menggunakan kekerasan paling minimum untuk mengekalkan aturan,” dia menambah.

Ini berlaku walaupun pelanggaran permit untuk Himpunan Rakyat Bersatu, yang sepatutnya di adakan di Padang Merbok.

Polis sebelum ini mengeluarkan larangan kepada mana-mana perarakan atau perhimpunan di sekitar Petaling Street, Bukit Bintang dan Plaza Low Yat.

Roslan berkata tugas utamanya ialah untuk mengawal kawasan tersebut dan dia terpaksa memanggil “pemimpin politik” untuk datang dan bercakap dengan khalayak.

“Datuk Jamal pada mulanya tidak di sini,” katanya, merujuk kepada ketua bahagian Umno Sungai Besar Jamal Mohamad Yunos.

Jamal, yang mengetuai gabungan NGO Melayu-Islam, sebelum ini telah berarak dari Jalan Conlay menuju ke Padang Merbok.

Sebaik sahaja dia sampai di Petaling Street, dia “disambut” oleh orang ramai yang sedang marah dan mengharapkan kekacauan berlaku.

Jamal kemudian mengeluarkan arahan bersurai dan berjanji akan membuat aduan rasmi tentang peniaga Petaling Street kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

“Dalam masa dua hari, saya akan mengadakan sidang akhbar untuk mendesak kementerian bertindak ke atas Petaling Street (peniaga). Kami memberikan mereka tuju haru ( untuk bertindak).

“Selepas itu, jika tiada tindakan diambil, saya akan memimpin anda masuk ke dalam Petaling Street. Saya berjanji dengan anda. Jika tidak, anda boleh meludah muka saya,” katanya, untuk cuba menenangkan pembantah yang masih berkeras mahu masuk ke dalam kawasan tersebut.

Di akhirnya, apa yang dilaungkan sebagai perarakan menjunjung maruah Melayu telah berakhir dengan “pemimpin” Melayu dimalukan oleh penyokong mereka sendiri.

Perdana Menteri Najib Razak, sementara itu, telah mendesak pihak polis untuk bertindak ke atas “keganasan” di Petaling Street tetapi dia juga akan sukar untuk meraih sokongan dari rakyat Malaysia yang boleh berfikir.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget