TYT, KM hadiri majlis peringati kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai


KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan menghadiri majlis khas bagi memperingati sejarah kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai ini bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Orang ramai menghadiri majlis itu dinasihati memakai lounge suit putih atau memakai pakaian kebangsaan mahupun tradisional masing-masing manakala wanita dinasihati memakai baju kurung.
Menurut kenyataan akhbar dikeluar Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sarawak, majlis itu dijadualkan bermula jam 10.30 pagi sebaik ketibaan kedua-dua tetamu kehormat.
Satu persembahan khas berkaitan sejarah kemerdekaan Sarawak akan dibuat seterusnya diikuti ucapan Ketua Menteri.
Pada 22 Julai 1963, kira-kira 52 tahun lalu, Sarawak secara rasminya diberi kemerdekaan dan memerintah kerajaan sendiri oleh kerajaan koloni British.
Kemudian Persekutuan Malaysia ditubuh pada 16 September yang terdiri daripada Sarawak, Malaya (Semenanjung Malaysia), Utara Borneo dan Singapura.
Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama ketika itu.
Dijangka hadir pada majlis itu nanti ialah menteri-menteri kabinet negeri, menteri-menteri persekutuan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen (Sarawak), ketua jabatan dan orang kenamaan lain.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget