Tarikh 22 Julai 1963 wajar dimasuk dalam fakta sejarah

Datuk Lee Kim Shin
MIRI: Tarikh 22 Julai 1963 harus dimasuk dalam fakta sejarah negara kerana pada tanggal itu, Sarawak mula diberi kerajaan sendiri oleh pemerintah British.

Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin mencadangkan supaya tarikh itu dimasuk dalam fakta sejarah termasuk buku teks sejarah agar generasi muda tahu bahawa ia tarikh penuh bermakna bagi Sarawak.

Katanya, tanggal 22 Julai 1963, Sarawak mula diberi kerajaan sendiri oleh British yang ketika itu diperintah kabinet Sarawak pertama dilantik.

“Justeru apabila Ketua Menteri memberitahu akan mempertimbangkan untuk menjadikan tarikh itu sebagai hari kelepasan am bagi negeri ini, saya menyokong penuh perkara ini.

“Malah saya percaya seluruh rakyat Sarawak amat menantikan agar tarikh itu diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan dijadikan cuti umum,” katanya.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya di kediaman Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga, Rosey Yunus sempena menyambut kunjungan Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri di sini petang semalam.

Menurut Lee lagi, dengan adanya fakta baharu itu, kini negeri mempunyai beberapa tarikh penting iaitu 22 Julai sebagai Hari Sarawak, 31 Ogos Hari Kebangsaan dan 16 September Hari Malaysia.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget