SUPP, UPP perlu elak perebutan di Opar


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) perlu mengelak daripada perebutan terutama melibatkan kerusi N.1 Opar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Veteran politik, Datuk Peter Minos berkata demi kepentingan Barisan Nasional (BN), perkara ini harus dielakkan menjelang hari penting itu nanti.

“Sebagai veteran politik dan pengundi, kami di kawasan Opar ini berharap SUPP dan UPP boleh mencari penyelesaian terbaik atau bertolak ansur demi kepentingan BN.

“Kita tidak mahu melihat kerusi yang menjadi kubu kuat bagi BN ini akan terlepas ke tangan pihak pembangkang disebabkan hal-hal seperti ini,” katanya.

Minos yang juga bekas pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Opar berkata demikian sebagai mengulas mengenai khabar angin bahawa bakal berlaku pertindihan calon antara SUPP dan UPP untuk kerusi Opar pada PRN akan datang.

Ditanya mengenai penyandang sedia ada, Minos berkata Ranum Mina merupakan seorang wakil rakyat yang popular di kalangan rakyat Opar.

Ini kerana Ranum memiliki sifat mesra dengan penduduk tempatan dan sentiasa mencuba yang terbaik dalam membantu rakyat.

Malah Minos akui bahawa ia merupakan satu kehilangan yang besar jika Ranum tidak dicalonkan semula bagi mempertahankan N.1 Opar.

“Bukan mudah untuk kita memperolehi wakil rakyat yang baik seperti Ranum dan apabila mereka seperti ini telah bersama kita, layanlah dengan baik dan jangan dibuang begitu sahaja,” katanya.

- Borneo Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget