PKR Sarawak pasti terasa bila Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen bertegas hendak meletakkan calon DAP dikawasan PKR yang sering kalah setiap kali pilihanraya di Sarawak.
Lebih memalukan, beberapa kawasan yang akan ditandingi DAP pada PRN yang akan datang adalah kawasan Melayu; Tupong, Samariang, Satok dan beberapa kawasan yang lain di mana sebelum ini, beberapa orang nama pemimpin PKR telah tewas dalam setiap pilihanraya.
Chong menyifatkan PKR terlalu lemah dan tidak turun padang untuk menarik hati pengundi dan di mata DAP, PKR langsung tiada kredibiliti lagi.
Alasan DAP untuk berbuat demikian adalah, Projek Impian Sarawak DAP telah banyak membantu masalah rakyat di kawasan PKR.
Bagi DAP, PKR memang lemah, tidak konsisten dan tidak kuat bekerja. Itulah pandangan DAP. Dengan erti kata lain, DAP mengganggap PKR adalah pemalas.
Walaupun pada peringkat awal, Chong menyatakan mereka akan tetap mengekalkan status quo seperti pilihanraya sebelumnya, hakikatnya DAP Sarawak telah "menipu" PKR Sarawak dengan mengunakan alasan yang PKR "tiada berkemampuan" untuk meletakkan calon mereka untuk bertanding di kawasan-kawasan yang terbabit.
Setakat ini, cuma Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari menerusi akaun FBnya telah memberi gambaran yang beliau akan menjadi calon PKR untuk bertanding di Satok dengan melancarkan gerakan #Nazib4Satok.
Namun, tindakan Nazib di kecam hebat oleh Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa, yang juga pembantu khas Chong Chieng Jen yang secara sinis menyatakan, Nazib hanya syok sendiri kerana DAP sudah ada calon yang lebih baik dari Nazib untuk bertanding di sana.
DUN Tidakkah PKR merasai bahawa usaha mereka selama ini sia-sia di mata DAP. Adakah itu dinamakan sebuah pakatan. Kini maruah PKR Sarawak seolah-olah tercabar oleh kenyataan Chong. - Sarawakiana
*Untuk rekod, Ahmad Nazib Johari telah beberapa kali bertanding atas tiket PKR di peringkat DUN dan Parlimen menentang Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg - (PBB/BN) - DUN dan Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusuf (PBB/BN) - Parlimen, dan pada kedua-dua peringkat tersebut beliau telah ditewaskan.
Post a Comment