Rakyat di kawasan DUN Ngemah menikmati banyak pembangunan



KANOWIT: Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah menikmati banyak pembangunan sejak kerusi itu berjaya dirampas daripada pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent berkata sejak itu Ngemah terus menjadi kubu kuat BN dan banyak pembangunan dilaksanakan sejak lima tahun lalu.

“Sebagai contoh di Nanga Ngungun terdapat jalan raya yang baik menghubungkan kawasan penempatan semula ke Nanga Ngemah, liputan telekomunikasi, bekalan elektrik dan air.

“Dalam tempoh dua tahun akan datang, tempat ini dihubungkan terus ke bandar-bandar besar apabila projek Jambatan Kanowit dan Jalan Kanowit-Kapit siap pada 2017,” katanya ketika berucap merasmikan tiga majlis di Rumah Austin Kilat di Skim Penempatan Semula Nanga Ngungun di sini, petang kelmarin.

Majlis ini meraikan sambutan Ngiling Bidai, Majlis Kesyukuran Pelantikan Ketua Masyarakat baharu bagi kawasan Ngemah Ili, Penghulu Ambrose Pengiran dan Perasmian Jalan Simen di rumah panjang tersebut.

Hadir sama isteri Alexander, Susan Clement, Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Ngemah Mutang Karani, Penghulu Ambrose Pengiran, Penghulu Ugap Seribu dan Penghulu Ijam Tuah.

Alexander berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) keutamaannya ialah membawa lebih banyak pembangunan yang amat diperlukan ke kawasan Ngemah.

Ini terutamanya, Jalan Nanga Ngungun-Nanga Jagau menyediakan akses tanah kepada rakyat tidak kurang daripada 2,000 rumah panjang di Skim Penempatan Semula Nanga Jagau sendiri dan mereka yang tinggal di sepanjang Sungai Hulu Ngemah.

“Saya percaya Ngemah menerima lebih banyak peruntukan di bawah RMK11 untuk tujuan pembangunan,” ujarnya.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan projek-projek diluluskan di bawah Projek Infrastruktur Asas (PIAS) bagi 11 rumah panjang termasuk pembinaan semula jalan raya yang tersusun dan menggantikan paip air lama


- Borneo Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget