Semai keharmonian di hati generasi muda



BALINGIAN: Keharmonian dan perpaduan sesama kaum perlu dipelihara, dipraktik serta sentiasa perlu disuburkan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Yussibnosh Balo.
Jelasnya, kerjasama dan perpaduan merupakan elemen sangat penting serta menjadi tonggak utama pembangunan pada masa hadapan.
“Kepelbagaian kaum wujud di negeri ini menambah keunikan negeri Sarawak dan beberapa bahagian di sini,” katanya.
Jelasnya, perpaduan boleh dianggap sebagai satu khazanah paling berharga untuk Sarawak dan ia mesti dikekal jika kita mahu terus dipandang tinggi oleh masyarakat luar.
“Oleh itu kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Kerajaan sedar jika perpaduan dapat dipupuk dan dipelihara, kita akan terus makmur dan membangun,” katanya.
Wali Kota Majlis Daerah Dalat Dan Mukah (MDDM) Abdul Yakub Arbi turut berkata bahawa generasi baru perlu melihat perpaduan sebagai budaya tradisi yang mesti dipertahankan.
Kata Abdul Yakub, konsep 1 Malaysia bukan sesuatu baharu kerana perpaduan serta toleransi kaum sudah lama wujud di negeri ini.
Katanya, masyarakat mesti terus bersatu padu dan bergerak maju ke hadapan sebagai satu pasukan yang mantap.
“Justeru, semua pihak perlu berganding bahu mengekalkan keamanan dan perpaduan dikecapi selama ini supaya tidak tergugat.
“Sempena Hari Raya Aidilfitri adalah tempat untuk kita mengukuhkan keharmonian dan perpaduan kaum dan mengerat hubungan tali persaudaraan,” katanya.
Yussibnosh Balo dan Abdul Yakub berkata demikian sempena lawatan Hari Raya Aidilfitri ke rumah-rumah ketua masyarakat dan penduduk di Daerah Balingian, di sini, semalam.
Hadir sama Polit Hamzah dan ketua masyarakat serta penduduk kampung di Balingian.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget