Gengster Melayu hanya berani tibai gengster Cina, kata Aziz DAP


Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak dalam status laman sosial Facebook hari ini mengatakan bahawa beliau melihat orang Dayak dan Cina mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang hak dan autonomi Sarawak. 

Namun katanya, tidak ramai orang Melayu mengambilberat tentang hak dan autonomi Sarawak. Memang ada namun hanya segelintir sahaja Melayu yang peka akan hal tersebut. 

"Kebanyakkannya beranggapan Sarawak mahu keluar dari Malaysia namun hakikatnya tidak", tambah beliau.

"Realitinya, masih ramai berlindung di bawah payung PBB dan hanya mengharapkan Adenan untuk jaga Melayu. Apakah ini memberi justifikasi bahawa orang Melayu masih ditakut-takutkan oleh pemerintah?", kata Aziz yang juga biro publisiti DAP Tupong.

"Kalau gangster Melayu berani tibai ganster Cina, kenapa orang Melayu tidak berani bersuara akan hak dan autonomi Sarawak? Kita orang Melayu jangan hanya berani mulut dan di jalanan sahaja serta berani belasah bangsa sendiri di tepi jalan, tetapi kita juga harus berani bersuara dan mempertahankan hak Sarawak. Itu baru Melayu Jantan!", katanya lagi.

Abdul Aziz Isa bakal bertanding pada pilihanraya Negeri Sarawak akan datang mewakili kerusi salah satu DUN kawasan Melayu di Kuching.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget