S4S adakan konvoi ke Sibu-Bintangor-Sarikei hari ini



SIBU: Sarawak for Sarawakians (S4S) mengadakan konvoi ke Sibu-Bintangor-Sarikei pada 12 Julai jam 8.45 pagi.

Jurucakap penganjur, Franky Anong berkata konvoi berkumpul di Jalan Airport Lama (bersebelahan Kolej Laila Taib) sebelum jam 8 pagi.

Setelah itu, rombongan bergerak ke Ah Bao Cafe di Bawang Assan dan dijangka tiba di situ jam 8.45 pagi.

Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Ville Cafe di Jalan Ding Lik Kwong (bawah Jambatan Igan) dan dijangka tiba di situ jam 10.30 pagi.

“Kami bergerak ke Bintangor dan dijangka jam 1 petang dan venue kami adalah di Sing Feng Cafe, Bintangor.

“Persinggahan terakhir adalah di Sarikei dan dijangka tiba jam 3 petang dan My Home Cafe adalah venue kami,” katanya di sini kelmarin.

Franky memberitahu, S4S terdiri ahlinya dari Sibu, Bintangor, Sarikei dan Kapit bergabung bersama menyebarkan referendum serta perarakan 19 Julai di Sibu dan 22 Julai di Kuching.

“Itulah antara tujuan kami mengadakan konvoi ini bagi bertemu dengan masyarakat setempat di venue-venue tersebut bagi mengajak rakyat bersama kami menyertai perarakan kelak.

“Selain itu, kami turut menjual barang-barang cenderamata S4S di semua venue-venue persinggahan kami,” tambahnya.

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi Franky di talian 019-8617110.

Orang ramai diseru bagi memeriahkan pertemuan dengan S4S ini dengan mendapatkan pelbagai cenderamata yang dijual serta mendengar referendum yang dibawa oleh mereka.-Utusan Borneo

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget