Rapatkan jurang golongan sasar



KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan badan kebajikan memainkan peranan merapatkan jurang mensejahterakan golongan memerlukan di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, meskipun negeri semakin maju atau membangun dari segi ekonomi serta pendidikan tetapi bantuan kepada golongan memerlukan masih diperlukan.

“Kerajaan menyediakan banyak program atau aktiviti kepada golongan sasaran namun kita sedia maklum Sarawak bukan sahaja luas tetapi terdapat populasi berselerak, menjadi kekangan sehingga mewujud jurang menjalankan program.

“Apa sahaja dilakukan NGO dan persatuan berkaitan pastinya amat dihargai dan diperlukan kerana ia mengisi atau merapat jurang berlaku untuk mensejahterakan mereka memerlukan,” katanya.

Berucap pada majlis 1st Sponsor-A-Meal anjuran Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) yang diadakan di sini, semalam beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan program membasmi kemiskinan secara berterusan.

Begitu juga katanya bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di negeri ini, kerajaan bukan sahaja berusaha menyediakan kemudahan tetapi menjalankan pelbagai program atau aktiviti.

“Namun masih banyak kita perlukan dalam membantu mereka kerana kini pendaftaran bagi golongan OKU khasnya semakin meningkat.

“Kita sememangnya menyedia kemudahan kepada mereka ini seperti kemudahan di sekolah iaitu pendidikan khas bermula dari prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah,” katanya.

Bahkan beliau menegaskan ia termasuk kemudahan kesihatan selain kemudahan riadah kepada golongan OKU.

Sementara bagi golongan miskin, kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga giat dalam membantu melalui pangkalan data.

“Kami memerlukan kerjasama termasuk pemimpin akar umbi untuk memaklum atau melapor kepada kita mengenai penduduk miskin atau OKU di kawasan mereka,” katanya

Majlis turut dihadiri Presiden Majlis Kebajikan Sosial Sarawak Joan Irene Yong dan Pengurus MPHS Mark Ferguson serta lebih 100 penghuni rumah badan kebajikan dan persatuan.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget