PKR terdesak pancing undi


KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak ketika ini terdesak meraih sokongan rakyat kerana menyedari mereka tidak akan mendapat kerjasama daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, PKR Negeri juga menyedari tanpa kerjasama itu mereka mungkin gagal mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sedia ada iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba’Kelalan.

“PKR sama ada buta dan pekak atau bermimpi di siang hari kerana menafi kehendak rakyat negeri ini yang mahu-kan parti politik Sarawak memimpin mereka.

“PKR terdesak kerana tahu mereka tidak akan mendapat kerjasama daripada DAP pada PRN akan datang. Kemungkinan besar tidak dapat mempertahankan kerusi DUN dimilikinya sekarang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai usaha PKR meng-aktif jentera pilihan rayanya dengan pelancaran logo kempen PRN semalam ‘Demi Sarawak’ (All For Sarawak) dengan slogan ‘Ekonomi Kukuh, Masyarakat Adil’ (A strong economy, a just society).

Dr Rundi yang juga Setia-usaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) malah berkata manifesto pilihan raya PKR iaitu “20 Perkara untuk Sarawak Baharu” hanya helah licik menghadapi PRN akan datang.

“Manifesto atau hala tuju perjuangan PKR untuk pilihan raya negeri akan datang bukan suatu yang baharu buat kita,” katanya.

Ditanya sama ada kempen pilihan raya PKR kali ini berjaya menambat hati pengundi, Dr Rundi berkata rakyat Sarawak bijak menilai dan membuat keputusan.

“PKR juga bukan parti baharu kepada rakyat Sarawak. Mereka akan sangat sibuk menjelang pilihan raya dan hilang selepas itu.

“Adakah anda fikir parti seperti itu yang diinginkan rakyat mewakili mereka. Rakyat Sarawak akan menghakimi mereka pada pilihan raya negeri nanti,” kata-nya.

Selain memperkenal logo kempen PRN, PKR semalam turut melancar bahagian pertama video kempen pilihan raya terdiri daripada empat bahagian.

Majlis pelancaran logo ber-kenaan disempurna Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

- Borneo Post Online

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget