Feri Tidak Beroperasi Di Bruit Awal Pagi, Warga Emas Menahan Sakit Berjam-jam



Tersentuh hati admin apabila menerima satu mesej dari salah seorang pembaca Sarawakiana (Taib) dari Pulau Bruit berkaitan masalah yang dihadapi beliau baru-baru ini yang hampir-hampir mengancam keadaan ayah beliau yang sedang sakit.

Kata Taib, kejadian berlaku pada 21 Julai 2015 di mana ayah beliau yang baru melakukan pembedahan merasa sakit di bahagian pundi kencing lebih kurang jam1 pagi.

Menurut Taib, beliau menghubungi hospital Sibu meminta bantuan ambulan bagi mengambil ayahnya untuk datang ke pusat perkhidmatan feri di Serdeng.

"Kata pihak hospital, mereka boleh menghantar ambulan ke pusat perkhidmatan feri di Serdeng namun mereka tidak ada kuasa untuk mengarah feri tersebut ke seberang beroperasi di luar masa operasi," katanya lagi.

"Kami nampak feri tersebut berlabuh di seberang sana namun walaupun di hon, dipanggil dan diberi isyarat lampu kereta kami, langsung tiada respon yang di terima."

"Ayah saya terpaksa menahan sakit sampai pagi .. sampai di hospital Sibu tekanan darah dan suhu badan ayah mendadak naik .. mungkin terlalu lama menahan sakit .. hanya Allah sahaja tahu bagaimana rasanya melihat keadaan ayah sendiri hilang ingatan seketika diserang sawan kerana suhu badan terlalu tinggi .. mungkin kalau lambat 1-2 jam sesuatu yang lebih buruk akan berlaku," keluh Taib lagi.

Beliau juga menyatakan, tengahari semalam dia telah menghubungi pegawai yang bertanggungjawab mengenai feri di JKR Mukah yang kemudiannya memohon maaf kepadanya serta memberi jaminan akan bertindak pantas untuk menyiasat kejadian tersebut.

Walaupun begitu, Taib merasa ianya adalah tanggungjawab dirinya untuk menghebahkan kejadian ini sebagai pengajaran supaya mereka-mereka yang berkaitana agar lebih peka dan bertanggungjawab dengan kes-kes kecemasan di mana mereka berkhidmat di samping agar menjadi peringatan kepada penduduk yang menggunakan feri untuk keluardan masuk ke Pulau Bruit. (Ditulis semula oleh admin Sarawakiana)
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget