PERKIM Limbang proaktif anjur program keislaman



LIMBANG: Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang proaktif menganjurkan pelbagai program keislaman untuk membantu golongan memerlukan sekali gus menyumbang kepada pembangunan syiar Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail berkata PERKIM perlu berkerjasama dengan pihak berkepentingan seperti Jabatan Agama Islam, Baitulmal dan HIKMAH serta jawatankuasa masjid dan surau dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang.

Katanya, bagi mencapai tujuan itu PERKIM harus mempergiatkan usaha menambah ahli-ahlinya ke seluruh pelosok daerah Limbang.

“Dengan penambahan ahli PERKIM ini kita yakin ahli-ahli akan menjadi unit perhubungan kepada PERKIM

“Pada masa sama, penambahan bilangan ahli PERKIM akan membantu menambah kutipan derma PERKIM yang disumbangkan bukan sahaja daripada ahli PERKIM itu sendiri, tetapi juga daripada individu dan syarikat-syarikat lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sumbangan Raya anjuran PERKIM Cawangan Limbang semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang yang juga isteri kepada Dr Rahman, Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Pegawai Daerah Limbang Hamdiah Bakir dan Pegawai Baitulmal Limbang Junidi Lamat.

Dr Rahman berkata PERKIM Limbang perlu menubuh satu tabung khas yang boleh dibuka sepanjang tahun bagi memudahkan orang ramai menyalurkan derma bagi membantu golongan memerlukan melalui badan itu.

Beliau juga mahu lebih ramai pihak agar tampil menyalurkan derma melalui PERKIM bagi membantu golongan memerlukan termasuk anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan memerlukan.

Seramai 43 anak yatim, empat ibu tunggal, 25 saudara baharu dan 14 warga emas tiada sandaran menerima sumbangan pada majlis itu.

Selain itu, 14 amil turut menerima bantuan fakir miskin daripada Baitulmal Limbang untuk diserahkan kepada 68 orang fakir miskin daripada 27 keluarga.-Utusan Borneo

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget